Posts

TEMA KEMERDEKAAN 2018

Image
Tema Sayangi Malaysiaku dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, bagi merai dan mempertingkatkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia. Ini di umumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo pada sidang media sempena Hari Kebangsaan 2018 pada 27 Julai 2018. Buat pertama kalinya didalam sejarah Malaysia, Sambutan Hari Kebangsaan 2018 diraikan di bawah tampuk kepimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan. Putrajaya dipilih sebagai lokasi sambutan pada 31 Ogos nanti bagi meraikan kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu, katanya. "Kerajaan pilihan rakyat ini akan memastikan kegemilangan baharu akan dilakar dan dikecapi oleh semua rakyat dari sekarang dan seterusnya pada masa hadapan," katanya. Beliau berkata sambutan akan bermula di Padang Kota Lama, Pulau Pinang dengan majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 yang akan disempurnakan...